Sapa yang baca ruangan nie, aku harap korang baca ler sampai habis..Nie luahan hati aku yang ntah kali yang ke berapa tapi aku just nak meluahkan tentang perasaan yang aku alami selama nie.. Sekarang nie, nampaknya aku menjadi single semula. Harapan yang aku simpan dan harapkan akan tercapai akhirnya kecundang lagi..Aku tak tahu di mana silap dan salahnya kali ini. Nak kata aku curang kat dia, tak pernah sekali pun. Kasih sayangku sebanyak mungkin aku dah bagi kat mereka tapi dorang boleh lak buat aku macam nie. Sampai aku takut nak bercinta dan percaya ngan lelaki yang nak rapat dengan aku tapi kalau sebagai kawan, Insya Allah aku boleh terima tapi kalau lebih dari itu mungkin aku tak boleh terima buat masa sekarang.. Aku trauma.
Muala2 sekali masa aku nak tunang ngan budak klang, mak dia tak suka sebab anaknya tak seagama ngan agamaku. Tapi dia tak tau yang anak dia dah 3 bulan peluk Islam masa tu. So, kami berpisah atas sebab keluarga dia tak merestui hubungan kami.Pastu aku mulai berkawan dengan ex-classmate aku yang hampir 10 tahun aku kenal. Memang pun masa sekolah dulu dia 'boyfren' aku. so, kitorang berkawan dan merancang untuk bertunang. Ini rancangan bertunang untuk aku yang ke-2 kali.Hati sapa yang tak happy bila nak kawin... Kuingat panas sepanjang hari tapi hujan gak pada waktu petangnya. Aku kecewa lagi. Dia tak nak sebab dia kata susah sebab jauh. aku kecewa lagi.. Aku simpan je perasaan ku.
Then dalam tahun 2008, aku kenal ngan sorang mamat kat chatroom. kami jumpa dan bercinta. sama gak, bagi harapan yang baik lentoq. Ntah napa hati aku tak berapa sedap. aku check phone aku yang dia pinjam, Ya Allah.,....ada gambar perempuan yang bertatu kat lengan.. hancur remuk hati aku sekali lagi..Plan nak tunang cancel lagi untuk kali ke-3...Sekian lama aku tutup pintu hati aku nak terima orang akhirnya aku terima sorang mamat pada 2009. Dia bagi harapan padaku.. Aku tengok dia pun caring, baik hati dan bersungguh-sungguh.Dia kini berada di terengganu. 3 minggu lepas kami jumpa..Happy sangat time tue, tapi tak tau apa masalah. Bila dia balik terengganu, dia terus hilangkan diri. Tak tau dia busy sangat ataupun tak nak lagi dengan hubungan nie. no.phone pun dah takder dalam perkhidmatan.Kali ke-4 aku kecundang lagi untuk majlis pertunangan.
Aku pun tak tau apa silap aku dan apa yang tak kena dengan aku. Tunang tak jadi, bercinta tak kekal.. Mungkin sebab aku tak lawa kut... Dan aku terlalu cerewet dalam segala hal..
"Ya Allah, hanya Engkau aku berserah. Engkau maha mengetahui, melihat dan mendengar apa yang terungkap dan tak terungkap dari bibir dan hatiku.Jika Kau telah tetapkan jodohku pada seseorang yang telah Engkau takdirkan, maka Kau rapatkan dan dekatkanlah hati kami berdua.. Dan jauhkan lah kami daripada perkara-perkara yang Engkau mungkari dan laknati.Hanya Engkau aku memohon Ya Allah..."