Saturday, August 22, 2009

Puasa kembali lagi..

Assalamualaikum semua pembaca blog yang terhangat dipasaran..hehhehe...aku just nak wish kat korang selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.. sempena nak puasa nie..(rasanya aku dah tulis,heheheh takpelah aku tulis lagi).. aku memohon maaf kepada korang yang pernah aku sakiti sama ada disengajakan dan tak disengajakan. aku pun manusia biasa penuh dengan kelemahan.so, terimaler kemaafanku ini ye..
Pada korang pun, aku dah maafkan semua kesalahan korang KECUALI sorang hamba Allah yang sungguh telah membuat aku menjadi terlalu benci padanya.."KO BOLEH BLAH LER"..
Buat yang tersayang..selamat berpuasa. Takpe tahun nie sayang sorang, insya allah tahun depan kita berdua ye...LOVE U.
okler, nanti adad lak dengki lagi..bye..selamat berpuasa..

Thursday, August 20, 2009

Kawan Or Kekasih...

Kenapa bila saja aku ingin mencapai kebahagiaan ada saja orang yang tak puas hati n khianat?? Tak boleh ke bagi aku peluang untuk menikmati kegembiraan seperti orang lain. semua ketentuan sama ada ajal maut , pertemuan dan perpisahan adalah di tangan Allah swt. apa yang aku nak criter kat sini tentang permasalahan yang aku hadapi. Aku confius. Tak tau nak buat per..
Ada sorang mamat nie aku dah kenal sejak tahun lepas. Kitorang pernah cuba sebaik mungkin nak buat relationship. Tapi kata hati aku tak boleh nak trima dia. Aku cuba juga hingga berbulan2 aku try nak trima dia, tapi tetap tak boleh. Dia pula terlalu suka kat aku kiranya cinta giler-giler. Namun aku memang tak boleh trima dia, bila cakap je mesti pertengkaran berlaku. Bila baik hari, esok atau lusa mesti gaduh balik. Dah memang bukan jodoh kot.
Jadi minggu lepas aku kenal ngan sorang mamat nie, pintu hati aku terbuka untuk trima dia. Aku rasa happy dan rasa seperti hidup aku dah bertemu jodoh.Aku selesa dengan dia. Mungkin sebab dia lebih tua dari aku... Walaupun dia biasa2 je, takler hensem or hodoh sgt tapi aku sayang kat dia.
Nak dijadikan crite yang thriller, mamat pertama nie sms aku, dia kata cinta kat aku. Aku dengan selamba bagitau yang aku dah ada teman istimewa. Dia tak dapat terima hakikat, dia sumpah aku ngan couple baru aku nie tak bahagia dunia akhirat. Ada juga manusia macam tu ye.
Dia ingat dirinya tu Tuhan, nak sumpah2 orang. Ilmu agama dah cukup ke? Boleh girenti masuk syurga ke?

Tuesday, August 18, 2009

" Nie masa cuti2 malaysia kat KLCC hari ahad tu.. Takder pe nak buat kat umah, so bawaler anak buah gi klcc. Gembira sakan dia.. Tapi kelakarnya dia menangis takut bila dinasour tu mengeluarkan voice yang menakutkan..hahahah...apalah punya Ultraman Tiga.(Gelaran untuk anak buah aku Haris namanya) sebab minat sangat dengan Ultraman ler dapat nama macam tu..... Oklah aku banyka keje nak buat lain kali aku sambung.. Ape?? ntah apa2 je aku tulis?? Aku punya sukaler nak tulis pe. Yang korang teruja ni sapa suruh..ada aku kesah...cak..cak"

Thursday, August 13, 2009

Wanita Air

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Wanita Angin

Wanita Angin
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Wanita Tanah

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Wanita Api

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Time aku kena bedah

Dalam sihat jangan lupa yang kita akan sakit. macam tu ler aku. Gambar nie masa aku buat Operation kat Hospital Putrajaya pada 24-4-2009. Seminggu juga aku lepak kat hospital. Ramai orang kat makanan hospital tak sedap tapi aku rasa sedap je. Sehari nak 4 kali makan / minum. pagi je ambik breakfast. Tengahari lak makan bubur ngan aluk ayam or ikan. petang lak, makan kuih or bubur jagung. Malam lagi syok, makan nasi. Cuma yang tak tahan tu, tangan tak boleh gerak sangat. Duduk pun kena control. Sakit woh..bedah kat perut. Tangan lak sambung ngan hose nak masuk ubat. Malam tido pun syok, sejuk giler. Aircond ler katakan. Pada korang yang tak tau bila nak masuk hospital tu, jangan takut tau bila masuk kat wad.. Best sesangat. Nurse pun baik giler.. tq ler nurse and doctor yang telah berjaya membuat operasi ke atas diriku selama seminggu kat situ. Jasa korang tak patient mu ini lupakan.

Monday, August 3, 2009

Mohon Kemaafan...

Sempena nak puasa tak lama lagi nie, aku mohon maaf kat korang yang pernah aku sakiti. Aku sebagai manusia tak pernah lari dari kesilapan maupun kesalahan. Aku pun tak tau selama nie kalau2 aku ada sakiti hati korang ke apa...So, I'm sorry.. Anggap jelah setiap makhluk Allah nie selalu je ada kekurangan dan takder kesempurnaan dalam kehidupan... Tak semua orang yang hidup nie, penuh ngan kebaikan. Paling tidak pun mesti ada satu kesilapan yang akan dilakukan. Sempena bulan syaaban nie, bulan yang penuh dengan keberkatan, marilah kita sama-sama memanjantkan doa agar hidup dan perjalan kita dunia akhirat berjalan dengan sebaik-baik mungkin.. Yang kaya jangan lupa pada yang tak mampu, yang sihat jangan lupa akan datangnya sakit, yang sentiasa kenyang tu jangan lupa pada orang yang sering kelaparan, yang hidup pula jangan lak samapi terlupa akan datangnya waktu mati... Aku hanya memuhasabah diri ku dan korang. Kalau korang rasa tak perlu, terserah ler. Ade aku kesah...cak...cak..cak..
"Time nak berlepas ke Incheon, Korea Airport. Nie masih kat KLIA. Flight jam 1am. Sempat gak bergambar untuk kenangan bersama."
"Sampai je dari airport terus ke hostel Dreamtel, tukar baju untuk sesi bergambar. Penat jangan ceritaler. 5 jam kat flight, kematu punggung."

"Berposing kat depan Hostel dreamtel selepas seisi bergambar. Nie nak kuar jalan2 jap sementara tunggu seisi pembukaan malam nanti"

"Bergambar sewaktu time melawat bandar Incheon, Korea. "
"Duduk kat atas ais (salji ler tu) sejuk giler. tapi best. time nie tengah main gelongsor kat SungHuh Resort.Benda yang aku duduk tu ler buat gelongsor."

Nie semua pose2 aku yang menarik masa kat sana. Bergambar ngan participant dari Korea. Time nie pegi melawat, malam pembukaan program dan lastly sampai ke Malaysia. Tak lupa gak sempat bergambar masa kat airport Incheon Korea. Memang best giler. Dah ler tempat nie memang aku target nak pi. Tak sangka pula rezeki murah tahun nie, dapat lak pegi.. teruja ler aku sesangat. Thanks ler kat Abg Khairul sebab bagi peluang kat aku merasa gi Korea. Next time nak gi Hongkong lak. Tiket dah beli pun. Tunggu je cerita terbaru aku masa balik dari sana nanti...TUNGGU>>>

My Journey...

Kali nie aku nak cerita pasai pengalaman aku kat negara orang.. Nak tau negara mana?? Negara south Korea ler.. Masa tu aku pegi dalam bulan 2 tahun nie gak..Aku ikut masa pertukaran belia antara negara-negara asean. Semua ada. Indonesia, Korea (of course ler), Vietnam, Thailand, Loas, Cambodia, Philipines,Malaysia( semestinya),Singapore. apa lagi ye, ntahler tak ingat dah..
Aku tak tipuler. Nanti aku bagi tunjuk gambaq-gambaq aku masa kat sana. Siap main kat atas ais lagi, salji ler tu..sejuk giler. Turun je dari kapal terbang, 2 orang participant dari korea dah tunggu kitorang.
Masa tu flight malam tau, dalam jam 1.20 pagi, sampai kat incheon airport dalam jam 8am. kalau kat malaysia dalam jam 7am ler. dorang cepat sejam. memang menggigil bibir dan lutut ler. baju sejuk lak kat bag, nasibler ada sweater. Boleh ler nak cover sejuk kejap.
Sampai je kat hostel tempat tinggal, ramai dah participant. Kena tukar baju traditional lak sebab nak ambik gambar untuk album nanti.. Speaking memang terabur ler tapi at least kiter cuba walaupun english tu rasanya tunggang terbalik.heheheh...aku yang kata, aku punya sukaler nak cakap.
Sepanjang program tu, ramai gakler kenalan baru aku dapat dari seluruh negara asean tu..Be friends...aku suka...ehhehhe...(gelak lagi)..Program tu kira best tau, ada discussion about our country, Yang paling best, Malaysia jadi presenter terbaik..AKU BANGGA....
Selepas 3 hari dok hostel tu, kitorang pindah lak ke Sung Huh Resort, (agaknya namanya, aku pun dah lupa),lagi best...main ski..Banyak kali gak aku jauh, sampai lebam tangan dan kaki terkena kayu ski tu. Time tuler aku tangkap jiwang kat sorang mamat korea nie..Tapi sekarang dah takder. so sad...:( .
Malam tu, kitorang buat malam persembahan, siap menari tarian joget lagi. Malunya, tapi nak banggakan Malaysia, kenaler tebalkan muka.. Budak2 korea siap mabuk2 lagi sebab dorang buat nite club lepas malam kebudayaan tu. aku lak hampir2 terminum ngan alcohol.Nasibler aku tanya dulu air pe, kalau tak memang dah terkulai aku.
Lepas tu, alamak penatler aku nak cerita sekarang lain kali aku smabung. Banyak lagi nak cerita pasal tu. Dari segi makanan, pastu time gi Korean Folk Village (saat2 romantik gitu, aouw...).
Lain kali aku sambung ye..Penatler. Kesan dari berjalan sakan kat Nilai 3 ler nie. Kaki dah naik lenguh, rasa macam bengkak je...Heheheheh....
Jangan marah ah....
Assalamualaikum kekawan n pembaca2 sekalian. masih tunggu sambungan cerpen tu ye?? Hehehhe..kejapler ye.aku banyak keje takder idea nak tulis.. aku janji lepas nie, asal je ada idea bernas dan panaz macam pisang goreng aku habaq kat korang. So, nak tak nak terpaksaler korang...TUNGGU..................
Sebenarnya kali nie aku nak cerita pasal impian aku. Korang nak tau tak? kalau korang tak nak tau, stopler baca kat sini tapi sapa yang nak tau tu teruskanler membaca.. Impian aku kan nak sebuah rumah. Dan rumah tu aku nak hiaskan dengan cara aku sendiri iaitu "ENGLISH STYLE". Ntah kenapa, sejak aku jejalan kat shopping mall aku tertarik ngan sebuah kedai yang hiasannya ala-ala english..Kalau aku tak silap kedai tu namanya ROMANTICA kat kajang. (Senang-senang korang pi ler sana)..
Bukan per, cara hiasannya simple tapi "MANTOP" ler katakan. dahler warna putih pastu ada bunga-bunga lagi..Fuyooh..kalau korang tengok, korang pun pasti tertawan ngan deco dier.
nak tengok gambar dia? boleh..Sesapa yang tak tau "english style" macamner biaq chek tunjukkan.Nie aku tunjuk sikit je ye sebagai gambaran korang. kalau nak tengok lebih lanjut korang boleh layari laman web : http://www.shabbysouvenirshoppe.com/.
"Hari ahad tu, aku ngan sister2 aku gi tempat nie. Nilai 3. Tau tak man tempat nie? Kat nilai ler. Dah namanya nilai. Penat gak kaki melangkah mengelilingi kawasannya. Kalu lepas 7 pusingan kiranya dah jadi haji/hajah kalau kat mekah.. Heheheheh..Tapi kira ok gak ler..banyak barang menarik.rambang mata..Macam semua rasa nak beli, tapi bila mengenangkan ada barang yang lebih pendek so lupakanler. Lupakan pun bukan saja terus lupa, simpan niat tu.Hahahah... gelak Lagi. suka sgt aku nie gelak. Periangler katakan."