Friday, July 31, 2009

"One moment in time..."
Aku terjaga dari lamunan. Kugapai telefon bimbitku yang tersimpan di perut laci.Jantungku berdegup kencang tatkala mendengar salam dari empunya suara. Begitu tenang hatiku mendengarnya.
"Cik Sheeqa ke?" sungguh sopan suara itu. Hati perempuan mana yang tak terusik.
"Ye saya. Sapa di sana?" Tanyaku ringkas.
"Maafkan saya sebab lupa nak kenalkan diri tadi. Saya Shafiq, lelaki yang cik Sheeqa langgar pagi
tadi.Saya just nak bagitau, kereta saya dah ada kat bengkel tapi tak perlulah Cik Sheeqa jelaskan
pembayarannya." Tenang suarannya menjelaskan kepadaku.
"Tapi mengapa? Saya yang patut bertanggung jawab dengan kejadian pagi tadi."Aku kehairanan dengan
maksud yang baru saja diberikannya.
"Tak mengapalah, hal kecik je.Lagipun takler teruk sangat. Kereta Cik Sheeqa pun patut dibaiki."
Baik sungguh hati lelaki ini walaupun tadi dia agak kasar dan garang terhadapku.Baru aku teringat pasal keretaku. Aku hampir terlupa pasal itu.Entah apa yang aku fikir , mungkin hanya pasal pembentangan pagi tadi yang telah musnah.
"Terima kasih ye En.Shafiq. Maaflah sebab menyusahkan En. Shafiq."
"Takpelah. Baiklah.saya ada keje sikit. kalau saya senang, saya hubungi cik Sheeqa lagi."
"Tunggu...er....."Aku tak dapat meneruskan kata-kata. Lidah terasa kelu untuk menyatakannya.
"Ye..ada apa?" Suara itu membuatkan jantungku semakin berdegup kencang.
"Boleh tak saya ajak En.shafiq untuk lunch tanda saya berterima kasih? Akhirnya apa yang ingin diluahkan terungkai juga.
"Boleh.Apa salahnya.Orang cantik dah ajak, peluang tak boleh lepaskan" Kedengaran gelak kecil darinya. Mukaku terasa panas dengan pujian "cantik" pada aku tadi. Adakah aku yang perasan atau memang aku cantik. Aku tersenyum sendiri.
"Baiklah, kita jumpa di Restoran Tamarind kat ampang."
"Mak ooi...jauhnya cik adik..Tapi takpelah, bila lagi nak makan tempat yang privacy macam tu." Perundingan temujanji untuk makan tengahari termeterai dengan persetujuan.Jam 1 petang aku mesti ada kat sana.Aku tak suka buat orang tertunggu bila aku yang berbuat janji. Jalan raya penuh sesak. Orang ramai mula membanjirinya untuk keluar makan tengahari.Aku terlewat dari masa yang ditetapkan. Aku meletakkan kereta di sebelah sebuah kereta mercedez hitam. Kereta yang aku idamkan andai projek perumahan itu berjaya tapi nampaknya harapan ku tinggal kenangan. Hatiku tiba-tiba sayu. Kedatanganku disambut mesra oleh penyambut tetamu restoran itu. Aku cuba mengingat rupa lelaki itu, akhirnya mataku tepat ke arah seorang lelaki yang duduk sendirian di hujung meja. Walaupun dia membelakangiku tapi aku masih ingat baju yang dipakainya.Aku menyapa lembut sambil menarik kerusi yang berada didepannya.
"Maaflah, jalan sesak tadi." Aku tersipu malu dengan penangan matanya ke arahku. Mata bertentang mata, jantung berdegup kencang..Apakah timbul perasaan aneh dijiwaku??
"Kata jam 1, sekarang dah dekat jam 2.Nasiblah saya tak balik lagi. Kalau tak makanlah cik Sheeqa sorang-sorang.
" Aduh...sindir nampak ayat-ayat cintanya nie. Sempat lagi aku bergurau dalam hati.
"Apasal lak tersengih sorang-sorang nie.?"Tanyanya ke arahku yang tersengih bagai kerang busuk dari tadi..Malunya..
"Takder apa..Pesanlah nak makan pe?" Lalu membelek-belek menu yang sedia ada di atas meja dari tadi. Tak lama kemudian makanan yang dipesan pun berada di depan mata. "Apa yang tak kena denga muka saya?" Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut lelaki itu yang membuatkan aku tersentak. Aku berkhayal rupanya sambil memerhati muka lelaki itu. "Er...takder pe..."Aku tertunduk malu. Macamana aku boleh tak sedar memerhati wajah lelaki itu..Tapi jiwaku tenang bila melihat raut wajahnya yang tenang dan bersahaja. "Tak elok makan sambil berkhayal." Tambahnya lagi. Aku mula tak keruan. Tapi aku buat selamba saja.Setelah selesai makan, kami berborak kosong sambil menikmati suasana sekeliling restoran yang sunyi sepi dan hanya kedengaran kicauan burung dan air terjun buatan yang mendamaikan.
-----bersambung lagi----

CERPEN TERBARU...

Angin malam menusuk tulang-tulang badanku. Terasa nyaman dan mengasyikan.Rambut terurai lembut ditiup bayu malam.aku tersenyum sendirian. Entah kenapa kenangan silam menyapa memoriku pada malam itu.Andai kenangan itu ku bisa putarkan semula,pasti akulah yang paling bahagia dan akan ku rombakkan semula cara hidupku, cara pembawaan diriku, cara ku bergaul.Tapi itu mungkin hanya igauan mimpi dan sesuatu yang tak mungkinku dapatkan kembali..Kereta yang ku pandu meluncur laju.Pagi ini mesyuarat penting akan berlangsung dan akulah yang paling penting dalam mesyuarat kali ini. Pembentangan kertas kerja bagi projek perumahan di damansara utama perlu aku bentangkan.
"Alamak..macamana boleh terlambat lak pagi nie" Rungutku sendiri dalam kereta yang meluncur laju tanpa menghiraukan kenderaan lain yang turut menjadi tetamu tetap jalan itu. BUMM!!!!Aku tersentak.Peluh sejuk mula menitik,darah mula gemuruh, badanku menggigil. Alamak!!!Empunya kereta yang aku langgar mula bising.
"Macamana ko bawa kereta ah?!!" Bentak lelaki yang berdiri didepanku. Bukan sedap lagi bahasanya. "Maafkan saya encik.Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Tak perasan pula kereta encik tiba-tiba
berhenti" Jelasku sambil tak lekang mulut mengatakan maaf.
"Memanglah saya berhenti, kan lampu merah tu. Semua orang nak cepat tapi dah jadi macam nie,
tambah lambat jadinya.Pandu guna mata, bukan guna lutut." Membebel pula mamat nie.
"Encik, boleh tak tolak ansur sikit. kan saya dah minta maaf tadi. Apa yang encik tak puas hati lagi nie" Darah panas ku mula menyerap ke dada. Nada suaraku juga makin meninggi.Sikap lelaki nie tak boleh layan sangat nie, nampaknya kalau aku lemah naik lemak lah dia.
" Jadi sapa yang nak bayar kerosakan kereta saya nie?" Tanyanya sambil menjeling ke arahku. Dia ingat
aku takut sangat dengan jelingannya tu..
"Beginilah encik, encik hantar je kereta encik nie ke bengkel.Pasal pembayarannya, encik hantar ke
tempat saya." Kataku sambil menghulurkan kad nama yang tersimpan di beg tangan.
"Sekali lagi saya minta maaf pada encik atas kemalangan nie." aku berlalu pergi menuju ke kereta memandangkan jalan raya makin sesak dengan kejadian kemalangan itu.
Dalam perjalanan ke pejabat, aku dapat agak muka Tuan Hj. Darma pasti mencuka. Aku telah lewat hampir sejam selepas kemalangan dan kesesakan lalu lintas. Setibanya aku di pejabat, semua staff memandangku.Aku dihampiri oleh setiausahaku sofea.
"Cik Sheeqa, kenapa lambat.Mesyuarat terpaksa dibatalkan.Tuan Hj nak jumpa." Aku tergamam dengan penjelasan sofea tapi aku faham,aku yang salah.Dengan langkah longlai aku menuju dan mengetuk pintu bilik Tuan Hj Darma.Kedengaran suara garau dari dalam bilik itu menyuruh masuk. Apa nak jadi kali nie, aku terima.Memang salah aku.
" Duduk sheeqa.Banyak hal saya nak bincang dengan awak." Wajahnya tenang walaupun suara agak garau dihujung pendengaran telingaku.
"Saya boleh jelaskan apa yang menyebabkan saya lambat tadi Tuan Hj." Aku cuba membela diri selagi aku mampu berbuat begitu.
"Tak perlu lagi Sheeqa. Client kita dah tak nak berunding dengan syarikat yang mempunyai pekerja yang
tidak menepati waktu.Mereka dah batalkan projek tersebut." Aku tau Tuan Hj Darma hampa dengan apa yang telah terjadi. Memang dia mengharapkan projek itu dari dulu lagi tapi baru kali ini peluang itu datang tapi akhirnya dengan sekelip mata saja aku telah menghancurkan segala-galanya.
"Tapi Tuan Hj, projek tu harapan Tuan Hj. saya tak boleh hampakan begitu saja. Mungkin saya patut
memohon maaf kepada mereka dan berharap mereka menarik balik keputusan mereka untuk menarik
balik semula pembatalan projek itu."
"Tak perlu Sheeqa.Semua dah berakhir. Awak boleh tumpukan pada projek yang lain.Awak boleh keluar
sekarang" Dari suaranya aku tau dia benar-benar kecewa dengan aku. Aku harapannya untuk mengambil alih projek itu telah memusnahkannya.
"Maafkan saya Tuan Hj."Aku bingkas dan keluar meninggalkan lelaki separuh abad itu di biliknya. Biarlah dia melayan dirinya sendiri. Aku merenung kembali kejadian awal pagi tadi. Silap aku juga.Kalau aku cukup berhati-hati masa memandu tadi, kemalangan tersebut takkan berlaku dan tak semena-mena duit aku keluar untuk mebayar kerosakan kereta lelaki yang ego tadi. Tapi kalau aku pun berada di tempat lelaki itu, sudah tentu aku pun akan marah dan memaki hamun.
- Bersambung di lain episod---
Tunggu Yeeeeee...............

Thursday, July 30, 2009

*Kelebihan Bismillah
1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikkan.
2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,kecurian,maut mendadak dan bala.
3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga.
4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.
*Mutala`ah Petanda zahir jiwa kosong
1.Kurang khusuk dalam ibadat khasnya solat.
2.Tiada berkesan dan teransang apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran serta tazkirah.
3.Kurang berminat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang mengigatkan tentang akhirat.
4. Terlalu bermudah-mudah dalam pekara yang harus dan sesetengah pekara subahat.
5.Memilih masjid yang pendek solatnya dan khutubahnya.
*Amalan pembina peribadi
1.Berpuasa setiap Isnin dan khamis
2.Solat 5 waktu tepat pada waktunya dan laksanakan solat tahjud.
3.Kurangkan percakapan sia-sia dan banyakkan doa.
4.Perbanyakkan mentelaah berbagai buku agama,politik, sains,sejarah dan sebagainya.
5.Ikuti perkembangan umat Islam.
6.Lakukan riadah"bersenam,berjalan,atau sebagainya.
ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan
1.Menggeringkan tangan dengan pakaian sendiri.
2.Meninggalkan longgokkan sampah di rumah
3.Membiarkan bekas makanan "pinggan mangkuk"tanpa membasuhnya.
4.Meringan-ringankan sembahyang.
5.Tidak mendoakan ke atas kedua ibubapanya.
Mutala"ah Pilih Teman
1.Barang sesiapa yang gemar berteman golongan kaya akan ditambah oleh Allah kecintaannya terhadap dunia,suka bermewah dan bertambah sifat kedekutnya sehingga melupakan hari akhirat.
2.barang sesiapa yang suka berdampingan dengan pegawai pemerintah atau raja akan ditambah oleh Allah sifat kasar dan sombong.
3.Barang sesiapa yang gemar bergaul dengan perempuan akan ditambah oleh Allah sifat bodoh dalam shahwatnya. 4.Barang siapa yang suka bergaul dengan orang-orang fasik akan bertambah beraninya membuat dosa dan menundakan taubat.
5.Barang siapa yang suka mendampingi orang-orang soleh akan bertambahlah keinginanan berbuat taat kepada Allah.

Monday, July 27, 2009

Assalamualaikum n salam perkenalan bagi pembukaan blog baru aku.Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya tercipta gak blog aku yang masih serba kekurangan. Blog aku nie still baru lagi untuk dibuat tatapan bagi korang yang dah mahir dalam bidang nie..So, kalau ada yang kureng tu aku mohon maafler ye n kalau korang yang dah terlebih ilmu tu sampai dah tak tau nak simpan kan mana, bagiler kat aku yang baru nak belajar mencipta blog yang canggih manggih nie.
Sebenarnya, dah lama aku nak buat blog nie tapi takder masa yang mengizinkan. Semua masa aku telah kuabadikan dalam waktu keje so takder masa nak bersama team blog. Tapi, Insya Allah, kali nie impian aku untuk menyajikan korang ngan isi kandungan blog aku yang mungkin membuatkan korang jatuh cinta akan terlaksana. (Itupun kalau aku panjang umuq ler ye..doa-doakan ler...)