Angin malam menusuk tulang-tulang badanku. Terasa nyaman dan mengasyikan.Rambut terurai lembut ditiup bayu malam.aku tersenyum sendirian. Entah kenapa kenangan silam menyapa memoriku pada malam itu.Andai kenangan itu ku bisa putarkan semula,pasti akulah yang paling bahagia dan akan ku rombakkan semula cara hidupku, cara pembawaan diriku, cara ku bergaul.Tapi itu mungkin hanya igauan mimpi dan sesuatu yang tak mungkinku dapatkan kembali..Kereta yang ku pandu meluncur laju.Pagi ini mesyuarat penting akan berlangsung dan akulah yang paling penting dalam mesyuarat kali ini. Pembentangan kertas kerja bagi projek perumahan di damansara utama perlu aku bentangkan.
"Alamak..macamana boleh terlambat lak pagi nie" Rungutku sendiri dalam kereta yang meluncur laju tanpa menghiraukan kenderaan lain yang turut menjadi tetamu tetap jalan itu. BUMM!!!!Aku tersentak.Peluh sejuk mula menitik,darah mula gemuruh, badanku menggigil. Alamak!!!Empunya kereta yang aku langgar mula bising.
"Macamana ko bawa kereta ah?!!" Bentak lelaki yang berdiri didepanku. Bukan sedap lagi bahasanya. "Maafkan saya encik.Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Tak perasan pula kereta encik tiba-tiba
berhenti" Jelasku sambil tak lekang mulut mengatakan maaf.
"Memanglah saya berhenti, kan lampu merah tu. Semua orang nak cepat tapi dah jadi macam nie,
tambah lambat jadinya.Pandu guna mata, bukan guna lutut." Membebel pula mamat nie.
"Encik, boleh tak tolak ansur sikit. kan saya dah minta maaf tadi. Apa yang encik tak puas hati lagi nie" Darah panas ku mula menyerap ke dada. Nada suaraku juga makin meninggi.Sikap lelaki nie tak boleh layan sangat nie, nampaknya kalau aku lemah naik lemak lah dia.
" Jadi sapa yang nak bayar kerosakan kereta saya nie?" Tanyanya sambil menjeling ke arahku. Dia ingat
aku takut sangat dengan jelingannya tu..
"Beginilah encik, encik hantar je kereta encik nie ke bengkel.Pasal pembayarannya, encik hantar ke
tempat saya." Kataku sambil menghulurkan kad nama yang tersimpan di beg tangan.
"Sekali lagi saya minta maaf pada encik atas kemalangan nie." aku berlalu pergi menuju ke kereta memandangkan jalan raya makin sesak dengan kejadian kemalangan itu.
Dalam perjalanan ke pejabat, aku dapat agak muka Tuan Hj. Darma pasti mencuka. Aku telah lewat hampir sejam selepas kemalangan dan kesesakan lalu lintas. Setibanya aku di pejabat, semua staff memandangku.Aku dihampiri oleh setiausahaku sofea.
"Cik Sheeqa, kenapa lambat.Mesyuarat terpaksa dibatalkan.Tuan Hj nak jumpa." Aku tergamam dengan penjelasan sofea tapi aku faham,aku yang salah.Dengan langkah longlai aku menuju dan mengetuk pintu bilik Tuan Hj Darma.Kedengaran suara garau dari dalam bilik itu menyuruh masuk. Apa nak jadi kali nie, aku terima.Memang salah aku.
" Duduk sheeqa.Banyak hal saya nak bincang dengan awak." Wajahnya tenang walaupun suara agak garau dihujung pendengaran telingaku.
"Saya boleh jelaskan apa yang menyebabkan saya lambat tadi Tuan Hj." Aku cuba membela diri selagi aku mampu berbuat begitu.
"Tak perlu lagi Sheeqa. Client kita dah tak nak berunding dengan syarikat yang mempunyai pekerja yang
tidak menepati waktu.Mereka dah batalkan projek tersebut." Aku tau Tuan Hj Darma hampa dengan apa yang telah terjadi. Memang dia mengharapkan projek itu dari dulu lagi tapi baru kali ini peluang itu datang tapi akhirnya dengan sekelip mata saja aku telah menghancurkan segala-galanya.
"Tapi Tuan Hj, projek tu harapan Tuan Hj. saya tak boleh hampakan begitu saja. Mungkin saya patut
memohon maaf kepada mereka dan berharap mereka menarik balik keputusan mereka untuk menarik
balik semula pembatalan projek itu."
"Tak perlu Sheeqa.Semua dah berakhir. Awak boleh tumpukan pada projek yang lain.Awak boleh keluar
sekarang" Dari suaranya aku tau dia benar-benar kecewa dengan aku. Aku harapannya untuk mengambil alih projek itu telah memusnahkannya.
"Maafkan saya Tuan Hj."Aku bingkas dan keluar meninggalkan lelaki separuh abad itu di biliknya. Biarlah dia melayan dirinya sendiri. Aku merenung kembali kejadian awal pagi tadi. Silap aku juga.Kalau aku cukup berhati-hati masa memandu tadi, kemalangan tersebut takkan berlaku dan tak semena-mena duit aku keluar untuk mebayar kerosakan kereta lelaki yang ego tadi. Tapi kalau aku pun berada di tempat lelaki itu, sudah tentu aku pun akan marah dan memaki hamun.
- Bersambung di lain episod---
Tunggu Yeeeeee...............
No comments:
Post a Comment