Kali nie aku nak cerita pasai pengalaman aku kat negara orang.. Nak tau negara mana?? Negara south Korea ler.. Masa tu aku pegi dalam bulan 2 tahun nie gak..Aku ikut masa pertukaran belia antara negara-negara asean. Semua ada. Indonesia, Korea (of course ler), Vietnam, Thailand, Loas, Cambodia, Philipines,Malaysia( semestinya),Singapore. apa lagi ye, ntahler tak ingat dah..
Aku tak tipuler. Nanti aku bagi tunjuk gambaq-gambaq aku masa kat sana. Siap main kat atas ais lagi, salji ler tu..sejuk giler. Turun je dari kapal terbang, 2 orang participant dari korea dah tunggu kitorang.
Masa tu flight malam tau, dalam jam 1.20 pagi, sampai kat incheon airport dalam jam 8am. kalau kat malaysia dalam jam 7am ler. dorang cepat sejam. memang menggigil bibir dan lutut ler. baju sejuk lak kat bag, nasibler ada sweater. Boleh ler nak cover sejuk kejap.
Sampai je kat hostel tempat tinggal, ramai dah participant. Kena tukar baju traditional lak sebab nak ambik gambar untuk album nanti.. Speaking memang terabur ler tapi at least kiter cuba walaupun english tu rasanya tunggang terbalik.heheheh...aku yang kata, aku punya sukaler nak cakap.
Sepanjang program tu, ramai gakler kenalan baru aku dapat dari seluruh negara asean tu..Be friends...aku suka...ehhehhe...(gelak lagi)..Program tu kira best tau, ada discussion about our country, Yang paling best, Malaysia jadi presenter terbaik..AKU BANGGA....
Selepas 3 hari dok hostel tu, kitorang pindah lak ke Sung Huh Resort, (agaknya namanya, aku pun dah lupa),lagi best...main ski..Banyak kali gak aku jauh, sampai lebam tangan dan kaki terkena kayu ski tu. Time tuler aku tangkap jiwang kat sorang mamat korea nie..Tapi sekarang dah takder. so sad...:( .
Malam tu, kitorang buat malam persembahan, siap menari tarian joget lagi. Malunya, tapi nak banggakan Malaysia, kenaler tebalkan muka.. Budak2 korea siap mabuk2 lagi sebab dorang buat nite club lepas malam kebudayaan tu. aku lak hampir2 terminum ngan alcohol.Nasibler aku tanya dulu air pe, kalau tak memang dah terkulai aku.
Lepas tu, alamak penatler aku nak cerita sekarang lain kali aku smabung. Banyak lagi nak cerita pasal tu. Dari segi makanan, pastu time gi Korean Folk Village (saat2 romantik gitu, aouw...).
Lain kali aku sambung ye..Penatler. Kesan dari berjalan sakan kat Nilai 3 ler nie. Kaki dah naik lenguh, rasa macam bengkak je...Heheheheh....
Jangan marah ah....
No comments:
Post a Comment