Saturday, October 30, 2010

"Cik Sheeqa keje kat mana?" Shafiq bertanya sambil mengambil gelas di atas meja untuk diminum.
"Saya keje kat company biasa je..company kecil" Balasku ringkas sambil menyuapkan makanan ke mulut ku. Perut dah laparler katakan..
"Apa nama company tu? Mana tau saya familiar." Tanyanya lagi.
"Erm...Rimbun Holding"
" Rimbun Holding?" seolah-olah terkejut dengan jawapanku tadi.
Aku renung tajam matanya.."ye..Rimbun Holding. Kenapa?" Tanyaku pula.
" Yang saya tau, itu bukan company kecil tapi company yang gah berdiri sekarang dan menjadi buah mulut semua syarikat yang bersaing".Terangnya..
" Ye ke?? erm..." terdengar sedikit suara sayu dihujung perbualan..
" Sheeqa...."lembut sungguh panggilan nama ku disebutnya...Ku renung mukanya, terasa sejuk hati ini..jantung mula berdegup..Apa yang tak kena dengan diriku nie..takkan jatuh cinta..naaa..... baru jumpa takkan dah jatuh cinta...KATAKAN TIDAK...
" Saya baru saja dimarah oleh pengarah sebab kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit sebab terlewat hadiri pembentangan projek tadi..so, projek tu dibatalkan dan diserahkan kepada company lain.." aku tunduk..Titis-titis air mula mengalir membasahi pipi...
"Takperlah sheeqa..Bukan rezeki, mungkin ada hikmahnya disebalik hal tu..saya pun nak minta maaf, sebab saya awak terlewat menghadiri pembentangan tu."suaranya kesal
" Bukan salah awak ler shafiq..saya yang langgar kereta awak, of course awak rasa marah.."
"takperlah, kita lupakan hal nie..." Pujuknya padaku..
Makan tengahari bersama shafiq berlalu dengan lancar walaupun ada sedikit rasa kesal di hati mengenai projek syarikat yang dibatalkan tu..
Rutinku dipejabat berlalu seperti biasa..Tuan Hj Darma dah kuar sejak tengahari tadi..Tak sihat katanya..Hatiku bertambah tak tenang dengan berita itu..Aku berdoa agar Tuan Hj Darma akan sihat semula, aku akan sesalkan diriku andai akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap dirinya.. Maafkan saya Tuan Hj.
jam menunjukkan hampir jam 9 malam.. Aku baru bergegas keluar dari pejabat.. Menyiapkan separuh tugasan yang belum selesai..Jalan raya agak lengang, nampaknya cepatler aku sampai ke rumah.. Kelihatan BMW di perkarangan rumah. Hatiku berdegup resah, sesal.. aku meletakkan kereta betul-betul di tepi BMW tu..dengan lemah, aku melangkah masuk ke rumah.
"assalamualaikum"salam ku kepada isi rumah
"waalaikumsalam. Lambat kamu balik malam nie.Banyak keje ke?" sapa Hajah Rohaya.Ibu ku.
" Boleh tahanler Ibu..abah mana?" tanya ku bila tak melihat kelibat abah di ruang tamu.
"ada kat bilik bacaan..dari tengahari tadi asyik berkurung je..makan pun taknak...
aku tergamam seketika, sampai begitu sekali abah membawa hati..dengan meminta izin ibu, aku berlalu menuju ke bilik bacaan di mana abah berada..ku ketuk perlahan pintu, abah menyuruh masuk.
Aku kuak pintu dan ku lihat abah tengah membaca buku " How to be a perfect person".
"Assalamualaikum abah." sapa ku lembut.
" waalaikumsalam sheeqa" tanpa menoleh abah dah agak empunya suara yang memberi salam sebentar tadi..
Ku capai tangan abah dan kukucup lembut.
"Sheeqa minta maaf abah, sheeqa tak sengaja..."
" Sheeqa..abah dah kata tadi, hal dah jadi tak boleh nak putar balik..Takperlah,mungkin bukan rezeki syarikat kita untuk dapat projek tu.." terukir senyuman di bibir tua abah..
" terima kasih abah sebab maafkan sheeqa. Insya Allah sheeqa takkan cuai lagi.."
" dahlah, pergi mandi..anak abah nie dah busuk.." abah tergelak kecik sambil diikuti dengan gelak kecil ku.. Aku berlalu meninggalkan abah di bilik bacaan. Hatiku mula tenang..abah dah tak marah dengan aku lagi.
Baru aku nak memasuki bilik air, telefon bimbit ku berbunyi..Kenal sungguh aku sapa pemanggilnya.
" Assalamualaikum.." salam ku untuk si pemanggil.
" waalaikumsalam....dah tido?" tanya suara dihujung talian.
" belum. baru balik dari office..nie pun baru nak mandi.." terangku.
" patutler saya ada terhidu something smell.." gelaknya besar..
" tolong sikit ye, walaupun dari pagi keje, saya still wangi tau..okler saya nak mandi dulu."
" okler..nanti dalam 1 jam lagi saya call semula ye cik sheeqa sayang.'
" sayang..buang tabiat ke awak nie...kenapa 1 jam?" tanya ku kehairanan..
" yelah..kan kalau perempuan mandi lama..berjam-jam..." gelaknya lagi..
" yelah tu..oklah..lepas 1 jam awak call semula ye.." kataku lagi.
" okler.." talian diputuskan..
Aku yakin shafiq takkan menelefon semula..hari pun dah agak lewat..esok keje lagi..
sejam kemudian telefon bimbitku berbunyi lagi..aiks...shafiq ....
" assalamualaikum....ye en. Shafiq"
" waalaikumsalam Cik sheeqa..mana tau saya call?"
" kan awak kata lepas 1 jam awak akan call semula..."
" hihihi....saya berpegang pada kata-kata yang saya ucapkan.."
" kenapa? ada hal penting ke?"
" takderlah penting sangat tapi just nak bagitau esok free tak tengahari?" tanya shafiq kepada ku.
" tak tau lagiler..tak dapat jadual lagi..napa?" tanyaku ingin tahu..
" kalau free saya nak ajak awak ke suatu tempat."
" ke mana?"
" rahsia..apa-apa call saya kalau free ye.." belum sempat aku nak bertanya, talian telah diputuskan..

No comments:

Post a Comment